Isnin, 14 Mac 2011

Kenapa Nak Menggelabah Bila Perodua Keluarkan Model Baru?

Google Images
Dijangka April 2011 ini Perodua akan melancarkan model terbarunya yang diasaskan dari model Toyota Passo.Sepertimana biasa sejak Perodua ditubuhkan,kerja-kerja pengubahsuaian kosmetik akan dilakukan untuk memberikan sedikit perbezaan berbanding model asal.
Sejak beberapa bulan lepas,kita dapat lihat beberapa spyshot ketika kereta model baru Perodua ini diuji dijalanraya.Maka seperti sebelumnya,bermacam-macam reaksi dari rakyat Malaysia,dari pelbagai lapisan masyarakat  terhadap model baru Perodua yang bakal dilancarkan.
Apa yang aku dapat simpulkan,agak ramai yang 'panas punggung' setiap kali melihat model baru Perodua.Kenapa agaknya?

Bagi peminat Perodua,mereka dituduh sebagai JDM wannabe,taksub barangan berbau Jepun dan kereta Perodua hanya untuk kaum wanita.Untuk Perodua,Perodua menghasilkan kereta yang sempit,mahal,hanya tahu tukar bumper,downgrade dan sebagainya.

Persoalannya adalah,adakah Perodua menggunakan gaji bulanan si'panas punggung' untuk meng'copy paste' model Jepun?
Adakah pembeli kereta Perodua menggunakan wang si'panas punggung' untuk menjelaskan ansuran bulanan kereta Perodua mereka?
Selama ini Perodua mengamalkan kaedah 'copy paste',sejak model Kancil pertama.Adakah Perodua mengalami kerugian sedangkan Proton baru-baru ini diisytiharkan mengalami kerugian puluhan juta ringgit?Adakah jualan model-modelnya merosot teruk?
Apabila Proton mula meng'copy paste' Lancer,segalanya 'halal' untuk si'panas punggung'.Tindakan Proton meng'copy paste' adalah untuk menjimatkan kos R&D dan ianya dilihat sebagai langkah yang bijak.Padahal Perodua telahpun mengamalkannya sejak sekian lama.
Berbalik pada kisah si'panas punggung'.Apa yang perlu disakitkan hati?Anda tak rugi wang ringgit mahupun sekelumit tenaga.Jadi apa yang perlu dikisahkan?Harga mahal,tak perlu beli.Beli model kereta dari China yang murah dan luas.C.C kecik,tak kuat panjat bukit.Belilah 4x4.Nak redah paya pun boleh.Nanti harga minyak naik,bolehlah menggelabah ramai-ramai beratur isi minyak sebelum pukul 12.Macam la esok lusa dah tak payah isi minyak.
Kepada si'panas punggung',pakailah apa yang mampu.Sebelum bagi komen-komen emosional,macam Perodua ada hutang dengan korang,fikirlah guna akal.Bukan guna otak.Pakai kereta apa pun,tiap-tiap bulan tetap kena bayar ansuran pinjaman kereta 9 tahun.
Baik fikirkan soal masa depan keluarga,pendidikan anak-anak,menambahkan pendapatan,sambung belajar,meningkatkan ibadah dan sebagainya yang jauh lebih berfaedah.Tak usah penatkan otak fikirkan ayat-ayat komen pendek akal.Tak usah jadi manusia yang banyak bunyi,sedangkan diri sendiri dan keluarga belum tentu dan takkan sempurna.