Ahad, 20 Februari 2011

Susah Nak Jumpa Burger Sedap!

Kadang-kadang bosan jugak hadap nasik je malam-malam.Pilihan aku sebagai ganti yang mengenyangkan tentunya burger!
Masa aku tinggal menyewa di Taman Bukit Kinrara Puchong sekitar tahun 2005-2007,ada stall burger yang produce burger sedap.Banyak stall burger,tapi tak semua sedap.Bila tabur je lada hitam kat daging burger yang sedang digoreng,mesti keluar terbau bau yang tak sedap.Rasanya plak tak la amazing mana pun.

Tapi berbeza dengan stall yang aku cakap tadi.Burger specialnya memang best.Sos lada hitamnya kena dengan kombinasi bahan dalam burger tu.Kadang-kadang brader tu belum sempat susun barang nak buka stall,aku dah tunggu kat stall dia.Tengok macamana preparation dia.Biasanya brader tu potong bawang besar,panaskan dapur dan gosok-gosokkan bawang tadi atas dapur panas.
Brader tu cakap,burger buat kat rumah tak sedap.Memang tak sedap macam kat gerai.Kenapa agaknya?Kat rumah,kita goreng daging burger atas kuali atau frying pan yang kita gunakan jugak untuk goreng ikan atau goreng telur.Sebab tu tak sedap.Dapur burger memang khas untuk masak burger je.Cuma brader tu kurang rajin buka stall,bakat buat burger tu ada,cuma kurang konsisten.Yang lawaknya brader tu penah mintak kerja dengan aku.
Entah apa nasib dengan brader tu,dah lama tak jalan-jalan ke Puchong.


Yang ni pulak stall Daily Burger.Hari-hari buka agaknya.Satu stall burger sedap yang aku jumpa dengan harga yang berpatutan.Nak kata murah tak jugak,tapi padan dengan apa yang kita dapat.


Asalnya stall ni diperkenalkan abang ipar aku.Agak lama aku tak datang beli burger kat sini.Tapi sejak dua bulan kebelakangan ni,aku akan singgah kat sini bila datang Seri Gombak terutamanya bila nak balik kampung.Aku ni jenis malas nak singgah R&R,sebab tak jauh sangat perjalanan.
So,burger kat sini jadi pilihan aku untuk isi perut.Stall burger ni terletak depan 7 Eleven Taman Seri Gombak.Tiga remaja yang menjalankan stall burger ni.Diorang memang pantas buat kerja.Setakat empat ketul burger special,tak sampai sepuluh minit tunggu.yang aku nampak,telur ayam sebakul,daging burger Ramly penuh satu meja lipat sedang di defrost.Sure kencang income bebudak ni.
Untuk burger special double favourite aku,dua daging burger bersalut telur setiap keping,mayonaise,sayuran segar,sos cili dan sekeping nenas.Sedap dan mengenyangkan!