Khamis, 20 Januari 2011

Nissan Fairlady 350Z Need For Speed Theme

Menghias kereta bukan kerja senang,kena ada pengetahuan tentang konsep,tema dan duit yang berkoyan-koyan.Ada yang suka hias bahagian luaran dan kosmetik kereta,ada yang minat tukar enjin sahaja,ada yang suka main audio.Terpulang pada minat dan budget masing-masing.Banyakkan buat research supaya duit tak terbazir.
Ada satu contoh budak satu kelab Myvi dengan aku.Belanja lebih 12K untuk audio dengan bahagian dalaman.Hasilnya tak la dahsyat mana pun.Bayangkan budak tu beli stereng Momo dari Perodua SC dengan harga RM2800!Memang la barang ori dan ada SRS Airbag,tapi RM2800 tu besar nilainya,takkan dapat stereng je.Aku rasa budget tu cukup untuk tukar complete set fender,bonet,lampu plus bumper Passo Racy.
Kalau aku dapat bajet 12k,pertamanya campak keluar enjin K3-VE,masuk enjin K3-VET,masuk rim Advan RGD 17'',ada baki lebih-lebih buat vinyl tema Subaru Monster Energy Ken Block,haha!
Yang penting tak terlalu melampau,sebabnya kalau kereta ganas sangat pun susah kat diri sendiri jugak.
Bayangkan kereta lowered melampau dan tinted gelap cam kereta sultan,tak ke susah nak bergerak kemana-mana?Memang cantik untuk autoshow,tapi untuk kegunaan harian tak sesuai.Macam yang aku cakap tadi,tema tu penting supaya kereta korang tak jadi rojak besi beroda.
Semalam dalam perjalanan ke Agrotek Garden Resort,aku terserempak dengan sebuah Nissan Fairlady 350Z yang unik.Aku rasa budget dia buat kosmetik kereta 350Z ni murah je,tukar rim besar sikit,layangkan cat flat black(matte) kat beberapa tempat yang strategik dan tempekan vinyl yang minimal.Hasilnya unik,eye catching dan yang penting murah.


Tema kereta polis dalam game EA Sports Need for Speed,amacam?Sempoi tak?Kalau kreatif,kereta still nampak menarik walaupun dengan kos yang rendah.Tak payah tukar bodykit pun.Sebelah dalam letak sepasang bucket seat Bride,setel!