Isnin, 10 Januari 2011

Mati Didera Ibu Tiri;Meh Aku Dera Mak Tiri Dia!



Aku ingatkan dah pupus 'mentaliti' zaman Paleolitik ni,rupanya masih ada satanic mummy  mak tiri evil kat Malaysia ni.Seorang budak perempuan bernama Nur Dania Qistina berusia 3 tahun meninggal dunia setelah disyaki didera ibu tirinya.Terdapat 73 kesan lebam dan organ dalamannya pecah akibat kesan penderaan.Ibu kandung mangsa pengsan sebanyak tiga kali kerana terlalu sedih dengan kematian anaknya.
Kejadian sadis ni berlaku di Sungai Tiram,Johor dan arwah adik Nur Dania Qistina dikebumikan di Felda Tenggaroh.Al-Fatihah untuk adik Nur Dania Qistina.

Mak tiri...
Dengar nama mak tiri je macam dengar bunyi harimau mengaum tepi telinga.Mak tiri memang sinonim dengan keganasan.Lebih kurang macam Israel kot,:).Bukan semua mak tiri macam tu ya,aku pun tak la menonong je tuduh semua mak tiri bersikap macam tu.Cuma status mak tiri ni cenderung untuk mengaplikasikan teknik-teknik  kejam dalam mengawal anak-anak tiri.Biasalah,bukan anak sendiri.
Kes yang terbaru ni buat aku terfikir..mampukan badan budak perempuan berumur 3 tahun menanggung kesakitan dengan 73 kesan lebam?
73 beb,bukan 7.3.Eh,mak tiri Nur Dania Qistina,kau pukul pakai ape ha?Sampai pecah organ dalaman budak tu.Dengan budak kecik kau berani la ya??Meh aku ketok kepala kau dengan tin biskut Hup Seng 73 kali.Sure kepala kau jadi sambal belacan.Serius!Aku memang sangat sensitif dengan benda-benda kejam ni,terutamanya terhadap mangsa yang lemah.
Apa sebenarnya yang mendorong perkara ni berlaku agaknya?

1.Anak kecil yang nakal amat sangat?
2.Ibu tirinya mempunyai mental yang retarded?
3.Ayahnya buat tak kisah?

No 1 boleh tolak tepi.Mana ada budak kecik yang tak nakal.No 2 & No 3 YES!Kemungkinan yang boleh mencetus kejadian macam ni.Para ibu-ibu yang merasa kesakitan melahirkan anak,pastinya tak sanggup membunuh anak sendiri.(Bohsia mengandung tak termasuk,tak mau kira kalau mengandung takde bapak)

Tujuhpuluhtiga lebam yang mungkin bukan kesan pukulan dalam masa satu hari.Bapaknya punnn....takkan tak perasan anak kesakitan.Ish,aku tak puas hati la.No Excuse for Child Abuse!

UPDATE
*Sumber akhbar Kosmo mengatakan bapa adik Nur Dania Qistina cuba menyembunyikan hal yang sebenar dari bekas isterinya(ibu kandung adik Nur Dania Qistina) dengan mengatakan mangsa lemas setelah tertonggeng dalam baldi di bilik air.