Friday, January 21, 2011

Ironman 2:Kesilapan atau Memang Disengajakan?

Tajuk entri macam kontroversi je,haha!
Movie ni pun dah lama,cuma baru-baru ni ada beli DVD Ironman 2 untuk collection.Ramai yang teruja dengan filem-filem baru.Keluar je kat panggung,terus cari kat pasar malam.Lepas tu bila pasang kat DVD player,gambar macam gampang,audio dalam gua.
Jenis aku ni biar lambat dapat DVD nya,asalkan puashati.Gambar Full HD,Audio tip-top.Filem baru atau lama aku tak kisah,asalkan ceritanya best.Ok,korang perhatikan screenshot dari filem Ironman 2 ni,masa Tony Stark sedang synthesize unsur baru untuk sumber tenaga sut dia bagi menggantikan palladium.


Kelihatannya macam mesin pemecut zarah.Sangat berkuasa,dinding pun tembus.


Locker besi pun putus.Macam potong mentega je!


Perhatikan dalam bulatan merah,ada tiga helai wayar didalam laluan cahaya yang tak putus.Keras wayarnya ya?Hehe!


Gambar dari belakang.Maintain macam tadi,wayarnya masih elok tak terjejas.

Soalannya adalah:
1.Kalau ditanya kenapa wayar tu tak putus,adakah jawapannya wayar tersebut diperbuat dari bahan yang sangat kuat?
2.Kenapa Tony Stark mahu merosakkan dinding dan barang-barang dalam rumah dia dengan menguatkan pancaran cahaya  terlebih dahulu,kemudian baru align direction cahayanya?Rasanya dia boleh terus align prisma yang memantulkan cahaya tu terus ke tengah triangle sebelum zarah dipecutkan ke tahap maksimum.
So,dengan buat macam tu,barang-barang rumah pun tak rosak kan?

Agak-agak korang faham tak?Hehe!Tak faham pun takpelah,tang wayar tu rasanya boleh faham kan.Enjoy the movie tapi bagus kita fikirkan benda-benda yang tersirat.Apepun,ia cuma pendapat aku,mana la tau pembaca diluar sana ada jawapan yang menjelaskan persoalan aku.Selamat berfikir!

Post a Comment