Selasa, 23 November 2010

Sejarah Automobil Tanah Melayu

Korang sayang kereta tak?
Pernah fikir macamana kereta korang berfungsi?
Oklah,soalan paling mencabar....

Berapa lama dah agaknya kenderaan beroda empat mula berada di Tanah Melayu?

Haa,tak payah nak selak modul sekolah teknik,memang tak ada punya...Meh baca sama-sama.Aku pun baru je tau ni sebab tetiba terfikir macamana mulanya industri automobil kat Malaysia ni.
Asal-usul bertapaknya kenderaan beroda empat kat Malaysia ni bermula dari Singapura.Sejak bermulanya enjin pertama pada tahun 1886 ciptaan Gottlieb Daimler,industri automobil berkembang pesat ke merata dunia.
Benz Patent Motorenwagen,1886
Ianya bermula di Tanah Melayu pada tahun 1986 apabila Herman Katz dari Katz Brothers,pengimport di Singapura membawa masuk Benz single cylinder belt driven 5 kuasa kuda buatan tahun 1984.Pembelinya adalah Mr.B.Frost,dari Eastern Extension Telegraph Company.Tak lama selepas tu,Charles Burton Buckley membeli kereta tersebut..
Zaman dulu-dulu pun dah ada kelab kereta yang ditubuhkan pada 22 Mac 1907,iaitu Singapore Automobile Club yang dipresidenkan oleh Gabenor Sir John Anderson.Semasa tahun 1913,sudah terdapat 700 kereta berbanding 330,000 penduduk.Pada 1923,kelab kereta ni ada 415 ahli melambangkan kepesatan ekonomi pada zaman tu.
Akhir 1920-an,kereta mula mendapat sambutan dan berkembang ke Semenanjung Tanah Melayu.Antara pengimport kereta masa tu ialah Eastern Auto dengan jenama Nash and Bayliss-Thomas,Lyons Motor dengan jenama Dodge,Guthrie dengan jenama Buick,Imperial Motor dengan jenama Erskine,General Motor Export Company dengan jenama Chevrolet,Oldsmobile,Oakland dan British Vauxhall,Cycle & Carriage dengan buatan Inggeris,Amerika dan Eropah dan akhir sekali Borneo Motor dengan jenama Austin dan La Salle.
Kartun dari majalah tempatan pada 1939 mengenai iklan Automobile Association of Malaya(AAM)
Sehingga tahun 1935 statistik kerajaan menunjukkan lebih 27,000 kenderaan didaftarkan,dimana 28% berada di Singapura dan 65% daripadanya adalah buatan British.
Pada 7 Disember 1941 perang melanda Tanah Melayu.Sebuah syarikat pembuat enjin dan alatganti,Wearne Brothers mengalami kerugian apabila kilangnya rosak teruk.Akhirnya pada 15 February 1942,Wearne Brothers menutup operasinya di Tanah Melayu.
Peperangan mengakibatkan ekonomi merosot dengan teruk memandangkan Tanah Melayu hanya bergantung pada komoditi getah dan timah.
Kat bawah ni adalah koleksi poster dan foto lama ketika kemuncak sejarah industri automobil di Tanah Melayu sebelum peperangan.
Cycle & Carriage Co.,pengedar pelbagai produk pada awal 1900-an.Iklan dari akhbar Malay Mail pada Jumaat 1 Jun 1906
Iklan dari Malay Mail pada 1906 menunjukkan Cycle & Carriage Co. menjual basikal dan mesin jahit Singer
Pejabat Cycle & Carriage Co. pada 1899 di High Street Kuala Lumpur
Cover majalah Motoring in Malaya terbitan Julai 1939.Majalah ni berharga 25 sen.
Iklan Brinkmann & Co yang memegang francais Mercedes Benz sebelum diambilalih oleh Cycle & Carriage
Iklan pada 1930-an.
Iklan model Ford tahun 1930-an edaran Wearne Brother's Universal Car yang mempunyai pejabat di Penang,Ipoh dan Singapura.
 Isi kandungan diolah dari currypotproductions
Gambar diambil dari currypotproductions