Isnin, 8 November 2010

Paul Walker=Perampok=TAKERS

Macam biasa,port wajib aku menonton wayang atas ajakan Mizz Pucca yang teringin sangat nak tengok cerita You Again,aku pun temankan la dia ke e@Curve,Damansara.Before that penuhkan perot dengan nasik ayam makcik kat medan selera Pelangi Damansara.Sape nak jual nasik ayam yang sedap dengan harga RM3.50 sepinggan?Dua tahun lepas harganya cuma RM3.
Jawapan dia makcik tu je yang ada bran jual harga tu.Aku dengan Mizz Pucca biasanya akan order 3 pinggan,untuk 2 orang,dan biasanya makcik tu akan hantar dua pinggan je sebab dia ingat kitorang buat lawak order sampai 3 pinggan.
Makcik tu macam tak biasa plak,padahal tiap kali aku pegi makan kat situ sure 3 pinggan aku order.

POSTER
Ok,perut dah kenyang,usya-usya dulu cerita apa yang best.Mizz Pucca nak tengok cerita You Again,dan terus mendapat bantahan bertalu-talu dari aku.Apekehal cerita You Again,tengok poster pun cam ntahapehape.Pembikin-pembikin filem kena amik serius ni,poster pun memainkan peranan penting.Tak caya cuba tengok poster filem DDR(orang lain pun doktor jugak..),2 Alam.Tak selera aku nak menonton.Ada ke dia letak gambar dia.Ngan background suram je.Tak menarik perhatian langsung.Sori la DDR,komen ikhlas kalau nak dapat collection RM40 juta.

Sambung pasal muvee balik...
Pastu aku pun tengok poster Takers.Hmmm...Ada Paul Walker(The Fast and Furious),Chris Brown(ex-bf Rihanna)...Macam best je.Dengarnya cerita ni Paul Walker bawa watak jahat.Jahat setare mane gokk..Nak tau jugak tu.



Ceritanya mengisahkan sekumpulan perompak professional (Paul Walker=John  Rahway,T.I=Ghost,Chris Brown=Jesse Attica,Michael Ealy=Jake Attica,Hayden Christiansen=A.J,dan Idris Elba=Gordon Jennings)yang merompak setahun sekali je.
Modus operandi adalah penggunaan senjata automatik dan plastic explosive,C4.Lepas merompak bank,diorang akan berehat panjang dan merancang rompakan seterusnya.
Tiba-tiba kawan sekumpulan diorang,Ghost dibebaskan dari penjara dan menuntut bahagian hasil rompakan sebelum dia tertangkap beberapa tahun sebelumnya.John dan rakan-rakan agak musykil bila Ghost merancang satu lagi rompakan van keselamatan dalam masa terdekat.Dalam tak percaya dengan si Ghost ni,diorang ikut jugak plan tu.
At the same time,John dan rakan-rakan merancang untuk membunuh Ghost sekiranya rancangan terbaru ni gagal.
John nyaris menembak Ghost bila van keselamatan tak muncul.Dalam masa yang sama,van keselamatan yang membawa 20juta dollar melalui jalan yang akan diorang letupkan.Rompakan tu berjaya,dan Ghost hanya meminta bahagian rompakan yang terdahulu,bukan yang terbaru.
Rupanya Ghost dah memerangkap kawan-kawannya sendiri dan menyebabkan A.J,Jesse dan Jake terbunuh.John yang menyedari muslihat Ghost untuk melarikan kesemua wang rompakan,berjaya membunuh Ghost di lapangan terbang.Polis penyiasat kes tu(Matt Dillon=Jack Welles) turut cedera parah.
John dan Gordon dapat melepaskan diri dengan semua wang rompakan.At the end of the story,bad guys win!!
Cerita yang menarik,lakonan Chris Brown pun boleh tahan,sangat energetic ketika melarikan diri dari polis.Aku bagi rating 7/10 bintang sebab ada terlelap sekejap di hampir pertengahan cerita,ngeee!!