Tuesday, August 3, 2010

Spesies Gadang Masih Wujud

Asal aku balik nak mancing je air keruh,xle la nak casting.Ari tu aku mancing kat tasik Ulu Yam,adik aku dapat haruan,dalam sekilo lebih gak.Aku MMS gambar tu kat adik aku(pemancing tegar aka.nelayan) kat kampung.Hampeh!Kena gelak ngan dia jer!


Apehal kerek sangat mamat ni.Aku ingat nak bagi dia jeles la pasal kitorang mancing kat tasik tu.Adik aku dapat haruan tu pakai umpan tiruan merah putih Ecogear.

31 & 1hb Ogos aku balik Lepar,musim buah dah datang,hehe!Umah aku memang banyak durian,manggis,langsat,hatta pulasan pun ada.Petang-petang panjat pokok manggis,hehe!Ngan durian aku tak teruja sangat.

Bestnya banyak manggis!



Pandangan dari atas pokok manggis,nampak ujung jari ngan selipar je.hehe!Kat bawah tu adik bongsu pempuan aku ngan 2 orang anak buah yang tak pernah tengok orang panjat pokok,heee!

Sambung cite mancing....

Adik aku yang nelayan ni tunjuk la gambar hasil mancing dia yang latest:
Atokk haruan!


Tak sampai tahap atok lagi,bapak sebarau je nih!


Asik-asik muka ni je dapat sebarau,cisss sungguh!!


Lokasinya kat bawah ni..

Pandai-pandai la cari sendiri.In the middle of vast jungle of Pahang..hehe!

Kalau kena air cantik,memang macam kat atas la hasilnya.Better pakai teknik casting,tapi kena hati-hati.Adik aku yang expert ni pun dah banyak hilang rapala kat situ,banyak pokok-pokok.
Cuma kalau ada sesape yang berkenan nak mancing kat situ,amalkan la catch and release memana ikan yang juvenil.Jangan pakai teknik bangsat kalau nak ikan.Bukan ape,aku kecewa la tengok orang menuba,karan dan yang sama bangsat dengannya.Menjaring pun jangan la.Habis anak ikan.
Post a Comment

Post a Comment