Tuesday, August 31, 2010

Kempen Tol Percuma dan Diskaun Musim Perayaan

Tol free???
Gambar 'sumbangan' Jabatan Kerja Raya

Part free ni ramai orang suka.Untuk makluman pembaca,beberapa syarikat konsesi lebuhraya akan memberikan diskaun dan tol percuma sempena hari raya dan hari kemerdekaan(terlewat update).Meh kita semak lebuhraya mana yang jadi laluan korang nanti:

Hari Kemerdekaan

Percuma:
31 Ogos 2010:Lingkaran Trans Kota Sdn.Bhd yang mengendalikan Lebuhraya Damansara-Puchong,bermula   jam 12.00 tengah malam hingga 12.00 tengah malam hari berikutnya(24hrs).

Diskaun 20% :
31 Ogos 2010:PLUS Expressway Berhad; Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

31 Ogos 2010:Linkedua Sdn.Bhd; Lebuhraya Johor Bharu-Singapore

31 Ogos 2010:ELITE Sdn.Bhd;Lebuhraya Utara -Selatan Hubungan Tengah


Hari Raya Aidilfitri

1.Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (Fasa 1) tiada bayaran tol pada 11 September dan 15 September pukul 11.30 malam hingga 4.30 pagi.

2.PLUS Expressways pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menawarkan diskaun 20%, 12 tengah malam hingga 7 pagi dari 10 hingga 19September

3.Lebuh Raya Kajang- Seremban (LEKAS) tol percuma untuk bas dari 8 – 21September

4.Lebuh Raya Damansara – Puchong (LDP) diskaun 60 sen dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 September

5.Sistem Penyuraian Traffik KL Barat (SPRINT) – diskaun 10% dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 September

6.Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) – diskaun 10% dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 September

7.Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) -diskaun 10%  dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 September

8.Lebuhraya SMART – diskaun 20 sen dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 September

9.Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH) – diskaun 10% dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 September

10.Lebuhraya Shah Alam – Klang (Guthrie) – diskaun 10% dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 September

11.Lebuhraya KL- Putrajaya – diskaun 10% dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14September

12.Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE) – diskaun 10% dari 12.01 tgh mlm – 12 tghari pada 14 September

13.Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga) – diskaun 10% dari 6 pagi 14 Feb – 6 pagi 15September

14.Lebuhraya Shah Alam – diskaun 10% dari 6 pagi 14 Feb – 6 pagi 15 September

15.Lebuh raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)- diskaun 5% dari 12.01 tgh malam – 12.00 tghari 14 September.

Rancang perjalanan anda.Jangan jadi macam aku tahun lepas.Salah tengok tarikh,diskaun tak dapat,jem tak hengat aku kena hadap selama 2 jam.Selamat Memandu dan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua!

*Info dari Utusan

Post a Comment