Thursday, March 18, 2010

Plasma atau LCD??

Antara dua jenis tv yang banyak kat market sekarang ni,jenis ape yang jadi pilihan?Kadang2 kita keliru dengan penjelasan salesman jenis apa yang bagus dan sesuai dengan bajet kita.Sekarang ni dah start zaman High Defination(HD).X lama lagi zaman 3D pulak.Huh!Tak larat nak kejar gajet2 ni,baru tv belum benda lain lagi.Macamana pun terpulang kat bajet masing2.Xkan dah beli PS3 ngan langgan Astro Beyond nak pakai TV CRT(TV kotak) kot?Nak cucuk kabel HDMI kat mana,kat idung?haha!Tiap2 jenis ada kelebihan,so check it out!

PLASMA TV

Kelebihan TV Plasma
-Saiz besar,paling besar aku pernah tengok besar gol futsal.
-Nisbah kontras yang lebih baik,tengok pada manufacturer la.
-Kejituan warna yang lebih baik.Warna warni kehidupan je xboleh display,heheh!
-Fast moving image yang lebih baik,takde atau kurang 'lag'.Maksudnya kalau tengok sukan gambar lagi cun la.Tu pun kalau channel HD,kalau takat RTM xde beza tengok sukan atau rancangan Agrotek.

Kekurangan TV Plasma
-Tak boleh display static image dalam masa yang panjang,ada efek burn kat skrin.Macam ada shadow kalau pause gambar lama2.
-Haba masa operasi lebih tinggi dari LCD
-Tak boleh beroperasi dengan baik pada altitud tinggi.Tapi nak buat apa panjat gunung bawak tv ni sekali,apekejadahnye ye tak?hee!
-Jangkahayat pendek sikit dari LCD,depend pada manufacturer lah.



LCD TV



















Kelebihan LCD TV
-Tak ada masalah burning image,layan je movie korang
-Haba yang diproduce pun kurang,pasang 12 jam sehari pun ok kot,heee!
-Takde masalah altitud macam Plasma.
-Kecerahan imej boleh up lagi  ikut selera korang.
-Lebih ringan kalau compare ngan Plasma yang sama saiz.
-Jangka hayat panjang sikit,tengok cara pakai jugak.


Kekurangan LCD TV
-Nisbah kontras yang kurang sikit dari Plasma
-Fast moving image tak brape cun sangat.Tapi latest punya model dah tinggi MHz.Depend pada input brape FPS(frame per second).
-Walaupun takde masalah burn image,LCD mungkin ada masalah individual piksel mati.Ada bintik2 halus kaler itam kat skrin.
-Harga mahal sikt la,beza kalau compare HDTV LCD dengan EDTV Plasma.

Sekarang ni terpulang pada keperluan dan bajet masing2.Macam aku,aku prefer LCD.Harga saiz 32" untuk HD Ready (1024x768 piksel) lebih kurang RM1500-1800 je.Full HD(1200x1800piksel)plak untuk saiz sama lebih kurang RM2000-3000.Nak pilih tv jangan nak yang murah je,ambil kira resolusi,nisbah kontras,input n output port yang ada,kadang2 ada yang boleh cucuk USB/MMC Card.Brand pun main peranan,ikut pengalaman la pakai satu2 jenama.Dan yang paling penting banyak bertanya n tetapkan matlamat korang.Survey dulu,cari harga yang paling murah untuk model sama dan pastikan kedai ada stok.Pastu blah.Besok datang semula bawak duit,terus angkat je ape yang dah disurvey.Jangan dengar sangat cakap salesman,kadang2 diorang nak habiskan stok yang xbrape nak blah,xpun komisyen tinggi.Pendapat korang pulak dialu-alukan.
Post a Comment

Post a Comment